Skip to content

Notis Privasi

NOTIS PRIVASI

Tarikh Berkuat Kuasa: 28.07.2026

Terakhir Disemak: 28.07.2026

1.

Notis Privasi

Notis ini dikeluarkan selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”) (“Notis Privasi”). Ia menjelaskan jenis data yang CTS Horizon Sdn. Bhd. (secara kolektif “CTS”, “kami”, “kita” atau “milik kami”) kumpul atau telah kumpul dan bagaimana kami mengumpul data berkenaan, tujuan memproses data sedemikian, pihak-pihak yang kami dedahkan atau telah dedahkan data berkenaan serta pilihan yang tersedia kepada anda termasuk bagaimana hendak mengakses dan membetulkan data peribadi sedemikian.

Dengan memberikan data peribadi anda kepada kami, anda bersetuju untuk terikat dengan Notis Privasi ini. Anda juga mengesahkan bahawa semua data peribadi yang anda berikan adalah tepat dan lengkap, dan tidak ada yang mengelirukan atau tidak terkini. Anda akan memaklumkan kepada kami dengan segera sekiranya terdapat apa-apa perubahan kepada data peribadi anda. Jika anda berumur kurang daripada 18 tahun, anda dikehendaki memastikan bahawa ibu bapa atau penjaga anda memberi persetujuan bagi pihak anda untuk terikat dengan Notis Privasi ini.

2.

Jenis-Jenis Data Peribadi

Setakat yang anda telah memberi (atau akan memberi) data peribadi mengenai orang lain, anda mengesahkan yang anda telah menerangkan kepada mereka bahawa data peribadi mereka akan diberikan kepada, dan diproses oleh kami, dan anda membuat representasi serta memberi jaminan bahawa anda telah mendapatkan persetujuan mereka terhadap pemprosesan data peribadi mereka mengikut Notis Privasi ini.

Data peribadi anda mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada:

  1. maklumat anda – seperti nama, nombor kad pengenalan atau nombor pasport, tarikh lahir, jantina, kewarganegaraan, bangsa, alamat, e-mel dan nombor untuk dihubungi;
  2. apa-apa maklumat lain yang boleh mengenal pasti atau membolehkan anda dikenal pasti;
  3. rakaman imej anda melalui kamera litar tertutup (CCTV) apabila anda datang ke premis kami;
  4. maklumat pendidikan – seperti pendidikan menengah dan tinggi, termasuk tetapi tidak terhad kepada ijazah, sijil, transkrip, bidang pengajian, keputusan keseluruhan, dan tarikh permulaan dan akhir pendidikan, serta apa-apa kelulusan yang lain;
  5. maklumat berkaitan pengambilan kerja – seperti butiran sejarah pekerjaan anda, jawatan anda, lokasi pekerjaan anda, penerangan mengenai peranan anda, tarikh pekerjaan dan tarikh akhir pekerjaan, rujukan pekerjaan, tempoh notis untuk meletakkan jawatan, butiran mengenai apa-apa sabitan jenayah yang anda isytiharkan atau pemeriksaan latar belakang jenayah (di mana berkaitan dan dibenarkan di bawah undang-undang terpakai), sejarah kebankrapan, akuan konflik kepentingan, pengisytiharan politik;
  6. maklumat kewangan – seperti sejarah gaji, manfaat-manfaat lain, elaun syarikat, butiran akaun bank, nombor rujukan peribadi dengan badan kawal selia termasuk tetapi tidak terhad kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk pemotongan cukai, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk pekerja dan caruman pekerja ke dalam dana persaraan, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungan mereka melalui Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan;
  7. data peribadi sensitif – seperti maklumat mengenai keadaan atau kesihatan fizikal dan mental anda, serta kepercayaan keagamaan anda; dan
  8. apa-apa maklumat lain yang mengenal pasti anda atau menjadikan anda boleh dikenal pasti – seperti maklumat yang dikongsi dalam resume atau kurikulum vitae anda.
3.

Sumber Data Peribadi Anda

Kami mungkin mengumpul data peribadi anda daripada, antara lain, sumber-sumber berikut:

  1. apabila anda berinteraksi dengan laman web, menghantar maklumat kepada kami, menghubungi kami untuk mendapatkan maklumat, melawat pejabat kami, majlis atau mana-mana premis yang lain atau mengambil bahagian dalam mana-mana inisiatif kami yang diadakan secara dalam talian atau digital;
  2. apabila anda menggunakan atau berinteraksi dengan laman web, menghantar maklumat kepada kami, menghubungi kami untuk mendapatkan maklumat atau memohon pekerjaan;
  3. pihak ketiga atau agensi luaran – seperti perujuk anda, agensi pengambilan kerja berdaftar, institusi pendidikan atau kewangan, agensi pelaporan kredit, atau mana-mana pihak atau agensi lain untuk tujuan pengambilan kerja dan membuat penilaian terhadap mana-mana permohonan pekerjaan; dan
  4. sumber-sumber lain – seperti di mana anda telah memberikan persetujuan anda atau di mana selainnya dibenarkan secara sah.
4.

Tujuan Pemprosesan Data Peribadi Anda

Kami boleh memproses data peribadi anda antara lain, untuk tujuan-tujuan berikut (secara kolektif “Tujuan-tujuan”):

  1. Untuk tujuan penyimpanan rekod dalaman, pentadbiran, tadbir urus dan pematuhan, termasuk tetapi tidak terhad kepada pengauditan, analisis data, rekod pangkalan data, statistik, pengurusan risiko, belanjawan dan pelaporan konflik kepentingan;
  2. Untuk memberi kepada anda maklumat yang anda mungkin mohon daripada kami dan/atau untuk berkomunikasi dengan anda;
  3. Untuk menyelenggara, menambah baik atau meningkatkan pengalaman laman web pengguna;
  4. Untuk apa-apa kewajipan kontrak yang dimeterai oleh kami;
  5. Untuk tujuan penyiasatan, pencegahan dan pengesanan jenayah;
  6. Untuk tujuan, atau berkaitan dengan, apa-apa prosiding undang-undang, atau untuk tujuan membuktikan, menjalankan atau mempertahankan hak di sisi undang-undang;
  7. Untuk apa-apa tujuan lain yang dikehendaki atau dibenarkan oleh mana-mana undang-undang, peraturan, garis panduan dan/atau pihak berkuasa kerajaan atau kawal selia yang berkaitan;
  8. Untuk apa-apa pemeriksaan latar belakang termasuk tetapi tidak terhad kepada pemeriksaan pendidikan, pemeriksaan rekod pekerjaan yang lepas, pemeriksaan rujukan, sejarah kebankrapan dan/atau pemeriksaan latar belakang jenayah; dan/atau
  9. Untuk apa-apa tujuan lain yang bersampingan dengan atau menjadi tambahan atau sebagai lanjutan kepada tujuan-tujuan di atas yang tidak disebutkan secara khusus di sini.
5.

Pendedahan Data Peribadi Anda

Data peribadi anda mungkin didedahkan kepada pihak ketiga yang berkaitan (di dalam atau di luar Malaysia) termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  1. pihak ketiga yang dilantik oleh kami untuk memberikan perkhidmatan kepada kami atau bagi pihak kami seperti mereka yang memproses data peribadi bagi pihak kami;
  2. agensi kerajaan atau kawal selia untuk mematuhi keperluan undang-undang, kawal selia dan kerajaan, termasuk agensi penguatkuasaan undang-undang, jabatan kerajaan, pihak berkuasa berkanun dan pengawal selia industri;
  3. mana-mana individu yang kepadanya kami terpaksa atau dikehendaki untuk membuat penzahiran di bawah undang-undang atau sebagai tindak balas kepada sebuah agensi yang cekap atau agensi kerajaan;
  4. syarikat, organisasi, dan/atau penyedia perkhidmatan yang lain untuk menjalankan mana-mana daripada Tujuan-tujuan yang dinyatakan; dan
  5. mana-mana agensi pelaporan kredit/pemungut hutang.
6.

Pemindahan Data Peribadi ke Luar Malaysia

Kami boleh memindahkan Data Peribadi anda ke lokasi di luar Malaysia bagi melaksanakan mana-mana Tujuan yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini, tertakluk kepada peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

7.

Hak Anda untuk Mengakses dan Membetulkan Data Peribadi Anda

Anda mempunyai hak untuk memohon akses kepada data peribadi anda yang ada dalam simpanan kami, atau untuk membetulkan data peribadi tersebut. Anda boleh membuat permohonan tersebut dengan menghubungi kami menggunakan butiran yang dinyatakan di bawah.

Kami boleh menolak untuk memenuhi permintaan anda, tetapi kami akan tetap memaklumkan kepada anda sebab-sebab kami tidak dapat berbuat demikian.

8.

Membuat Pilihan Terhadap Data Peribadi Anda

Anda boleh membuat pilihan untuk menghadkan penggunaan atau tahap penggunaan data peribadi anda dan data peribadi berkaitan dengan individu lain yang boleh dikenal pasti daripada data peribadi tersebut, tertakluk sentiasa kepada hak kami di bawah kontrak dan/atau hak dan kewajipan kami di bawah undang-undang dan peraturan yang berkaitan.

9.

Akibat Kepada Tidak Memberikan Data Peribadi Anda

Di mana dinyatakan (contohnya di dalam borang permohonan), anda diwajibkan untuk memberikan data peribadi anda kepada kami untuk membolehkan kami memprosesnya bagi Tujuan-tujuan yang dinyatakan. Sekiranya anda menolak untuk memberikan data peribadi tersebut, ia mungkin, antara lain, menghalang kami daripada berkomunikasi atau meneruskan komunikasi dengan anda atau memberi kesan terhadap aspek-aspek tertentu berkaitan pengambilan kerja anda dengan kami. Anda juga diwajibkan untuk memberi data peribadi anda kepada CTS jika anda memasuki mana-mana premis kami atau menghadiri apa-apa acara kami. Jika anda tidak bersetuju untuk memberikan data peribadi tersebut, kami boleh tidak membenarkan anda masuk.

10.

Kemas Kini Notis Privasi Kami dari Semasa Ke Semasa

CTS boleh mengemas kini dan meminda Notis Privasi ini dari semasa ke semasa bagi mencerminkan perubahan dalam operasi perniagaan kami, keperluan undang-undang atau kawal selia, atau amalan perlindungan data kami.

Versi terkini Notis Privasi ini akan disediakan di laman web CTS dan/atau melalui saluran komunikasi lain yang bersesuaian. Kami menggalakkan anda untuk menyemak Notis Privasi ini secara berkala bagi memastikan anda sentiasa mengetahui cara CTS memproses dan melindungi data peribadi anda. Sekiranya dikehendaki di bawah undang-undang yang berkuat kuasa, CTS akan mendapatkan persetujuan anda atau memaklumkan anda mengenai sebarang perubahan material kepada Notis Privasi ini.

Urusan atau interaksi berterusan anda dengan CTS selepas Notis Privasi yang dikemas kini disediakan akan dianggap sebagai penerimaan dan persetujuan anda untuk terikat dengan Notis Privasi yang dikemas kini tersebut.

11.

Hubungi Kami

Sekiranya anda membuat sebarang pertanyaan, permintaan atau aduan berkaitan dengan Notis Privasi ini atau pemprosesan data peribadi oleh CTS, sila hubungi: legal@my-cts.com

12.

Bahasa

Notis Privasi ini dikeluarkan dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Sekiranya terdapat sebarang ketidakselarasan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Melayu, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

Klik di sini untuk versi BAHASA INGGERIS.