
KOTA KINABALU, 20 Mac 2025 – CT Sabah telah mengambil inisiatif untuk memberikan sumbangan kepada beberapa institusi pendidikan di sekitar Kota Kinabalu. Antaranya, bantuan disalurkan kepada 10 orang pelajar dari golongan asnaf yang terpilih di Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu (ILPKK), kini dikenali sebagai ADTEC JTM Kampus Kota Kinabalu, bagi meringankan beban mereka dalam melanjutkan pelajaran.
Selain itu, CT Sabah juga turut memberi sumbangan kepada 12 pelajar dari Politeknik Kota Kinabalu yang terkesan akibat kebakaran yang berlaku di Kampung Cempaka, Likas. Dengan bantuan ini, diharapkan pelajar-pelajar ini dapat meneruskan pengajian mereka tanpa halangan.
Tidak dilupakan juga bantuan kepada insan yang pernah berkhidmat di CT Sabah , iaitu Kak Aisha binti Awang Salleh. Sumbangan ini disampaikan terus ke rumah beliau dengan harapan dapat meringankan sedikit beban dan menambah kegembiraan beliau dalam persiapan menyambut hari raya.
Semoga usaha ini dapat mempereratkan ukhuwah serta memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan inisiatif ini.
