Skip to content
Inisiatif Bantuan Keperluan Asas dan Kelengkapan Perabot Sekolah
Inisiatif-Bantuan-Keperluan-Asas-dan-Kelengkapan-Perabot-Sekolah-2

SABAH, 17 Mac 2025 – Bersempena dengan bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Celcom Timur (Sabah) Sdn. Bhd. telah mengambil langkah untuk membantu pihak sekolah dalam menyediakan keperluan asas seperti meja, perabot, dan kelengkapan lain bagi para pelajar. Selain itu, bantuan ini juga bertujuan untuk menyokong kelangsungan aktiviti pembelajaran agama yang dijalankan di sekolah ini. Diharapkan dengan sokongan ini, para pelajar dapat terus menuntut ilmu dalam suasana yang lebih selesa dan kondusif, serta mempersiapkan diri untuk masa depan yang lebih cerah.

Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban pihak sekolah dan memberi peluang kepada pelajar untuk lebih fokus dalam proses pembelajaran serta meneruskan usaha murni dalam mendalami ilmu agama.

Terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan usaha ini. Semoga segala amal dan sumbangan ini diberkati dan membawa manfaat yang berpanjangan.