Skip to content
Inisiatif Bantuan Zakat Wakalah di Kudat
Inisiatif Bantuan Zakat Wakalah di Kudat
Penyerahan sumbangan CSR daripada wakil CTS kepada pihak Surau Ar-Raudah

KUDAT, 19 Mac 2025 – CT Sabah meneruskan lagi sumbangan Zakat Wakalah ke Surau Ar-Raudah yang terletak di Kg Tuhau, Kudat, Surau ini telah dibina atas tanah wakaf oleh Pengerusi Surau iaitu, Encik Fred Jas Magansap Abdullah.

Pembinaan surau adalah hasil dari penginfak/pewakaf dan disalurkan melalui Quantum Solution Academy, kini dikenali sebagai Persatuan Bayu Raudhah. Surau ini dikongsi oleh dua kampung, Kg Tuhau dan Kg Pata, serta terletak berhampiran dengan SK Pata, salah satu lokasi projek POP CT Sabah.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif Zakat Wakalah, CT Sabah telah menyumbangkan penghawa dingin kepada surau ini dengan harapan dapat meningkatkan keselesaan penduduk yang menggunakan surau ini, baik untuk beribadah mahupun mengikuti kelas KAFA.

Semoga usaha ini dapat mempereratkan ukhuwah serta memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat.